Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum.....

Wahai saudara-saudara ku sekalian, tahukah kita berapa lama dalam sehari kita luangkan masa untuk menghadap Yang Maha Esa. dalam 24jam sehari semalam, Berapakah kita luangkan masa kita untuk bekalan kita di sana kelak kerana sesungguhnya setiap orang tak kan terlepas tak kira bangsa, agama, keturunan, darjat dan sebagainya. Setiap hari, banyak masa kita buang untuk perkara yang melalaikan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan. Semakin hari kita dapat rasakan kita dh semakin jauh mengembara di dunia yang sementara ini dan semakin kita menghampiri penghujungnya untuk berjumpa dengan Allah s.w.t. Bagaimana agaknya kalau kita berjumpa dengan-Nya tanpa sebarang bekalan sedangkan kalau kita jadikan semua pokok-pokok sebagai kertas dan air laut sebagai dakwat, nescaya ia belum cukup untuk menulis semua nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Jadi kenapa kita tunggu esok atau hari tua untuk lakukan semua kebaikan. alangkah ruginya masa muda kita begitu sahaja sedangkan masa muda kita mempunyai tenaga yang kuat untuk kita mengerjakan amalan dunia dan akhirat. Dari riwayat Hadith At-Tarmizi sabda junjungan besar Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: adakah kamu menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kemusnahan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyayuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk-buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nantikan kedatangannya, atau pun kedatangan hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya."
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita agar kita tidak lalai dan lupa kepada-Nya kerana tanpa nikmat kurniaan-Nya kita tidak mampu untuk terus berada di dunia ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t...amin.....

No comments:

Post a Comment