ketika ini, saat ini dan detik ini
hatiku kian rindukan suasana kampung halaman ku
hatiku rindukan teman-teman yang dulu bersamaku
hatiku rindukan kegembiraan dan kegirangan
riuh rendah senda tawa
semuanya kian bermain-main di benak fikiranku
malam ini
suasana agak hangat dan sunyi
hanya deruan kereta dan motorsikal yang kedengaran di jalanan
"kotak hitam"ku mula disapa kenangan dulu
kehidupanku penuh dengan cabaran tuk mencapai
seribu IMPIAN....
bermula dengan seorang yang daif
aku berjalan mencari sinar
sinar yang bakal menerangi dunia ku kelak
walaupun penat dirasai
namun kaki ku tetap gagah berjalan
kerana destinasi yang ku tujui masih jauh
kalau dulu aku sentiasa ketinggalan
tapi kini aku cuba seiring bersama yang lain
berlumba....berlumba....berlumba
menandingi antara satu sama lain
menunjukkan siapa yang lebih hebat
dalam mencapai
seribu IMPIAN....
mungkin
suatu hari nanti impian itu menjadi kenyataan
impian yang selama ini dirasakan begitu jauh menjadi dekat
impian yang selama ini dirasakan sukar menjadi senang
kerana itu yang ingin ku capai
selama ini
mungkin
semua orang akan mengatakan sesuatu
ada yang berkata baik dan ada yang sebaliknya
namun tidak akan ku hiraukan
kerana aku tahu itulah impian ku
menjadi seorang yang mampu menjadi kebanggaan semua
itu lah
seribu IMPIAN.....(^_^)





