pelikkan dunia nie....hari nie mmg byk benda yang berlaku dalam hidup aku....ada suka dan ade duka....yg suka tp xla hapy sgt sebab d'lantik jd naib president tuk my program, AS202: B.Sc. (Hons) Chemistry....buleh la ambik seberapa byk experience yg bakal dapat kn....tp yg benda yg mendukakn tu lebih r....mmg benda nie aku dh jangkakn tp aku xsangka membr aku yg tau benda nie b'rahsia ngan aku...pada hal tu masalah aku....pelik kan....cm nie cite nye....aku suka kt sorng nie...kira secret admire la kn....so, aku try la approved dia...n semua tu awek tu tau....budak2 kelas dia pn tau....tp bdak tu xnk aku approved dia sbb kitaorg kawan....kawan kn lg best...n dia bgtau kt membr dia n merangkap yg posto aku....budak tu plak nk sampai kn kt aku tp dia g cerita dlu kt membr aku yg sekelas n serumah ngan aku....aku pn pelik nape la dia g cerita kt budak tu....n budak tu sampai sekarang xbgtau aku sampai la si posto aku tu cerita kt aku sendiri....sakit nye ati bile dia tau tp xnk bgtau aku....xtau la nk ckp ape...setiap org lain ragam nye....sabar je la....tp semua benda yang berlaku nie mmg aku dh aspect....hidup nie mmg susah tp tu semua buat kita lebih matang....syukur alhamdulillah....
Tiada yang mampu mengubah hidup ku selain dari diri ku sendiri dan juga Allah s.w.t....
Friday, December 9, 2011
Friday, December 2, 2011
Sahabat Selamanya....
sungguh hati ini terkilan bila dia dh tiada lg bersama kami. hanya titisan air mata dan doa mengiringinya pergi. itu lah yang kami semua rasai bila Nurul Syareena Mohd Nor Azman @ Syeri telah pergi buat selama-lamanya menghadap Ilahi....
sehari sebelum "pergi"nya arwah, pada malam 28/11/2011, 18 hari selepas hari lahirnya, pada pagi itu selepas solat Subuh hati ku tergerak untuk bertanyakan khabar arwah yang masa itu berada di Hospital Tawakkal. selang beberapa minit kemudian aku mendapat satu panggilan dari ibu arwah mengatakan arwah nazak. aku seakan-akan tidak percaya apa yang aku dengar. sedih, beku, takut, semua perasaan bercampur baur.
selepas mendapat berita dari ibu arwah, aku terus menghantar sms kepada rakan-rakan dan juga teman rapat arwah, Nadia Mohd Rustham @ yaya. masa tu yaya kt hometownnya kt kuantan. selepas itu, dalam pukul 9 pagi aku mendapat msg dari salah seorang rakan sekelas memberitahu arwah dah tak ada harapan dan hanya tinggal 2 atau 3 hari lagi untuk hidup. ingin ku menangis tapi ku kuatkan semangat. memang sedih bila tahu aku akan kehilangan orang yang aku sayang.
selepas berbincang bersama rakan-rakan, akhirnya kami membuat keputusan untuk pergi menziarah arwah. masa tu arwah nampak tenang dan penat. menurut ayahnya, Uncle Azman, arwah baru lepas berborak dengan kawannya. rasa sebak mula datang bila melihat arwah yang pada masa itu sangat kurus dan tiak bermaya. Uncle Azman menberitahu yang paru-paru arwah hanya 1/4 sahaja yang berfungsi.
jika sebelum ini aku sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t kuatkan semangat arwah untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya tetapi kali ini aku berdoa kalau itu yang terbaik disisi Allah s.w.t dan terbaik disisi kami, aku relakan dia pergi dan kami akan terima segala qada' dan qadar yang Allah s.w.t tetapkan. aku tak sanggup dia derita lagi. biarlah dia pergi dengan aman.
petang tu juga ada seorang ustaz dari UIAM datang atas jemputan Uncle Azman. menurut ustaz tu, arwah ternampak satu lembaga hitam datang kepada arwah. menurut ustaz tu lagi, mungkin itu adalah malaikat Izrail datang menyapa arwah. masa tu, kami dalam perjalanan pulang. kawan kami, Sabrina yang menberitahu apa yang ustaz sampaikan. terus kami diam sekejap.
selepas makan dan samapi ke rumah masing-masing, dalam pukul 11 malam, aku mendapat panggilan dari Yaya. masa tu dia menanggis dan aku dah boleh agak apa yang berlaku. Yaya beritahu yang arwah dah tiada. terus aku terpaku tak tahu nak buat ape. aku beritahu Fetri @ Pitt sebab kami tinggal serumah. lepas tu baru aku beritahu kepada yang lain. sedihnya bila orang yang kita sayang telah pergi buat selamanya.
keesokannya, kami semua pergi menziarahi arwah buat kali terakhir sebelum dia disemadikan. aku dan rakan-rakan yang lain sempat solat jenazah untuk arwah. memang susah nak percaya bahawa aku solat jenazah tuk kekasih hati ku. walaupun dia tak tahu tapi biarlah rasa cinta dan sayang aku kat arwah bersemadi bersamanya. aku harap suatu hari nanti aku akan bertemu semula dengan arwah.
semoga arwah Nurul Syareena Mohd Nor Azman bersemadi dengan aman dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah....
Subscribe to:
Comments (Atom)
