Monday, March 21, 2011

Broga Hill, Sungai Tekala and Sungai Congkak.....(19/03/2011)

Bestnye pengalaman yang ktaorg dapat tuk kali nie. Walaupun perjalanan kami agak sukar sebab semua yang pergi tak tau jalan, so, kitaorg redah je la dengan harapan sempat tuk semua aktiviti and akhirnye ktaorg sampai gak. hehehehehe......lawaknye klu di ingatkan balik. Kalau ikutkan, first perancangan, kitaorg nk gerak pkul 4 pg  dr Shah Alam ke Semenyih tapi ntah cam mane semua tido bagai nak rak sampai terlajak....sedar-sedar je dah pukul 4 pg, so kelam kabut la sikit. last2 pukul 5 pg bru bertolak pergi ke Semenyih. On the way g sana, ktaorg tersesat plak sampai semua harapan nak tengok sunrise dah hampir padam. So, start dari situ la kitaorg redah je. Alhamdulillah, akhirnye sampai gak ktaorg walaupun lambat. Lepas tu ktaorg pn start la nak mendaki Broga Hills dengan semangat yg membara tp timbul plak masalah terlupa nak bawak touch light. Nasib baik ade auntie jual touch light tuk para pengunjung. So, ape lagi, masing-masing beli la and at the same time as a key chain from Broga Hills. Masa mendaki tak de banyak masalah tp hanya satu je masalah budak-budak yang tak pernah mendaki diaorg cepat penat sikit. Masa tu bleh plak teringat pasal salah sorang dari kami cakap Broga Hill tu mendatar. hahahhaha...mmg lawak bila dia tgk yg bukit tu "mendatar" giler. Masa mendaki tu mmg best coz bila duk tgh2 jalan ktaorg dh nmpak sunrise kluar. mmg cantik sampai perasaan teruja and kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa. bila sampai kt puncak lg la best bila nmpak permandangan dari atas bukit dengan kabus, angin sepoi-sepoi bahasa dan juga mentari yg hangat membasahi tubuh ktaorg. walaupun nak sampai atas tu mmg penat tp ktaorg rasa mmg berbaloi coz bleh rasai sendiri pengalaman manis cam nie. and next tuk menghilangkan penat, kita pon pergi mandi-manda kt Sungai Congkak and before tu kitaorg g jalan2 dlu kt Sungai Tekala. mmg cantik....dengan airnye yang sejuk, udaranye yang nyaman, anak-anak ikan galak bermain kejar-mengejar......mmg menyegarkan dan menghilangkan stress ktaorg tuk seketika. AND THIS IS OUR MEMORY.......thanks to my friends Pitt Zainal, Kira Yamato, Anisa Abullah and Emylia Fauzana.......


























Monday, March 14, 2011

Petaka tsunami, gempa bumi di Jepun

Jika dahulu tsunami melanda Indonesia pada tahun 2004, kini Jepun pula dilanda tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac yang lepas. Sungguh mengerikan ketika tsunami melanda. Kereta, rumah, kapal dan lain-lain lagi hancur dan hanyut di bawa arus tsunami yang menganas tak mengenal siapa. Hingga kini (14 Mac) lebih 80 000 orang telah disahkan meninggal dunia pergi untuk selama-lamanya. Logi nuklear milik Jepun juga telah meletup menyebabkan 140 000 org terpaksa dipindahkan dan 200 orang disahkan telah terkena radiasi. Sungguh pedih dan azabnya hukuman yang Allah s.w.t turunkan kepada mereka yang melupakan-Nya sama seperti yang berlaku dan menimpa kaum yang terdahulu dari kita seperti kaum nabi Nuh a.s dan kaum nabi Lut a.s. Mungkin ramai yang menganggap itu hanya bencana alam semata-mata. Tapi kita mesti fikir siapakah yang menurunkan bencana ini sedangkan alam ini pun tidak terjadi dengan sendirinya. Cuba kira fikir sejenak, sebatang pen yang dicipta siapakah yang menghasilkan pen itu jika bukan manusia. Begitu juga manusia dan alam ini yang lebih rumit , siapakah yang menjadikan daripada tiada kepada ada. Itulah hebatnya kekuasaan Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah s.w.t. tidak akan menurunkan sesuatu bencana itu tanpa sebab untuk memperingati dan menguji hamba-hamba-Nya. Oleh itu, sedarlah wahai teman-temanku, saudara-saudaraku bahawa janganlah kita leka di dunia yang sementara ini sedangkan kita seharusnya sentiasa berusaha meningkatkan diri kita supaya menjadi seorang yang bertaqwa. Semoga kita dilindungi dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin.......