Monday, March 14, 2011

Petaka tsunami, gempa bumi di Jepun

Jika dahulu tsunami melanda Indonesia pada tahun 2004, kini Jepun pula dilanda tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac yang lepas. Sungguh mengerikan ketika tsunami melanda. Kereta, rumah, kapal dan lain-lain lagi hancur dan hanyut di bawa arus tsunami yang menganas tak mengenal siapa. Hingga kini (14 Mac) lebih 80 000 orang telah disahkan meninggal dunia pergi untuk selama-lamanya. Logi nuklear milik Jepun juga telah meletup menyebabkan 140 000 org terpaksa dipindahkan dan 200 orang disahkan telah terkena radiasi. Sungguh pedih dan azabnya hukuman yang Allah s.w.t turunkan kepada mereka yang melupakan-Nya sama seperti yang berlaku dan menimpa kaum yang terdahulu dari kita seperti kaum nabi Nuh a.s dan kaum nabi Lut a.s. Mungkin ramai yang menganggap itu hanya bencana alam semata-mata. Tapi kita mesti fikir siapakah yang menurunkan bencana ini sedangkan alam ini pun tidak terjadi dengan sendirinya. Cuba kira fikir sejenak, sebatang pen yang dicipta siapakah yang menghasilkan pen itu jika bukan manusia. Begitu juga manusia dan alam ini yang lebih rumit , siapakah yang menjadikan daripada tiada kepada ada. Itulah hebatnya kekuasaan Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah s.w.t. tidak akan menurunkan sesuatu bencana itu tanpa sebab untuk memperingati dan menguji hamba-hamba-Nya. Oleh itu, sedarlah wahai teman-temanku, saudara-saudaraku bahawa janganlah kita leka di dunia yang sementara ini sedangkan kita seharusnya sentiasa berusaha meningkatkan diri kita supaya menjadi seorang yang bertaqwa. Semoga kita dilindungi dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin.......





2 comments:

  1. assalamualaikum saudara
    subhanallah, gerunnya dengan ingatan saudara ini.
    terima aksih.

    ReplyDelete
  2. wlcme....s'sungguhnye memperingati lbh baik....=)

    ReplyDelete