Saturday, October 13, 2012

Ape ye.....

Tanggal 13/10/2012, masuk hari ni dah hampir genap 2 tahun setengah aku melanjutkn pelajaran dalam bidang B.Sc (Hons) Chemistry kt UiTM Shah Alam. Banyak suka dan duka yang aku lalui. Ada yang menghiburkan hati dan ada yang menyakitkan hati. Dulu masa first kami masuk ke UiTM semua sekali 37 orang tapi bila dah nak habis belajar ni tinggal dalam 30 orang je yang masih bersama. Yang lain bukannya berhenti tapi diaorang cuma terlambat sikit dari kitaorang. Susah nak dijangkakan apa yang bakal terjadi tapi it's will be all right. Banyak kenangan yang tak dapat nak dilupakan. Mungkin lepas ni kitaorang tak dapat nak jumpa lagi. Sedih gak kan. Tapi yang paling tak sabar ialah kitaorang nak dapatkan IJAZAH dan nak kerja. Dah lama kot belajar. Kadang-kadang tu boring gak tapi nak buat macam mana kan dah itu yang menjadi tanggungjawap kami. Nama pun student kan....hehehehe. Dan yang tak dapat nak digambarkan kalau suatu hari nanti kalau dipanjangkan jodoh kitaorang dapat berjumpa lagi ialah kitaorang reunion dengan bawak family. Mesti lucukan. Tapi macam best gak. Apa-apa pun kita tengok je la nanti...ye tak=)

Sunday, September 2, 2012

Arwah Nenek ku....


perginya nenek ku meninggalkan seribu kenangan.....
dari kecik sampai la besar.....
tapi sekarang semuanya hanya la tinggal kenangan.....
dia tinggalkan kami sebagai penyambung generasinya....
walaupun sedih tapi kami reda dengan perginya dia....
berjumpa dengan Ilahi....
kembali ke tempat asal manusia....
Al-Fatihah....

In memory my beloved grandma.....
Mek Yam bt. Jambol

Tuesday, May 1, 2012

THAHARAH (BERSUCI)

PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI )



Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat solat.

Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadat tidak diterima.Di antara cara bersuci ialah wuduk , mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.

JENIS-JENIS BERSUCI

1- Menyucikan badan dari hadas kecil
Iaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayammum. Orang yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan solat atau menyentuh al-Quran.

2. Menyucikan badan dari hadas besar
Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka yang melakukan persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang yang berhadas besar juga diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di dalam masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.

3. Istinja’
Menghilangkan kotoran samada najis kecil (kencing) atau najis besar(tahi) dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan sebagainya sehingga najis itu bersih. Istinja’ itu mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasanya.

Cara-cara beristinja’

1. Istinja’ itu mestilah 3 kali ulang,kalau masih belum suci boleh di ulangi lagi sehingga bersih.

2. Alat dibuat istinja’ itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

3. Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-kurangnya 3 biji .


JENIS-JENIS AIR

1. Ai Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )
Air ini boleh digunakan untuk minum,mandi dan berwuduk dan boleh juga digunakan untuk membasuh.contoh air mutlak ialah air telaga,air sungai,air hujan,air mata air,air laut dan sebagainya,

2. Air Musta’mal (Air yang telah digunakan )
Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan Iaitu air yang telah berubah salah satu sifatnya,contoh seperti air kopi,air teh dan sebagainya.Termasuk juga dalam golongan ini air yang kurang dari dua kolah iaitu air yang sudah digunakan untuk berwuduk atau menghilangkan najis.

3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)
Air yang najis iaitu air yang sudah berubah semua sifatnya samada warna,rasa atau baunya dan bercampur dengan najis.

4. Air Musyammas (air yang berjemur pada matahari)
Ialah air yang makruh untuk digunakan iaitulah air yang terjemur pada terik matahari dalam bekas selain bekas daripada emas atau perak.Air ini makruh digunakan untuk badan tetapi boleh digunakan untuk membasuh pakaian.


JENIS – JENIS NAJIS

1. Najis Mughallazah (najis berat)

Ialah najis yang berat iaitu najis anjing dan babi.Cara mencuci barang –barang yang terkena najis ini ialah dengan menyamak iaitulah membasuh dengan air sebanyak 7 kali.Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur dengan tanah.

2. Najis mukhaffafah (najis ringan)

Iaitu najis yang ringan seperti kencing bayi yang berusia 2 tahun kebawahyang hanya minum susu ibunya saja.Cara menyucinya ialah dengan merenjis air di tempat terkena kencing itu.


3. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)

Iaitu najis pertengahan .Termasuk dalam kumpulan ini ialah air kencing ,tahi, darah,nanah,muntah,air mazi (iaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan ketika nafsu berahi meningkat),wadi (iaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil ketika kerja berat),arak dan susu binatang yang tidak boleh dimakan.Cara menyucinya ialah basuh dengan air bersih hingga hilang baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah dibasuh berulang-ulang kali tetapi baud an warnanya tidak juga hilang adalah dimaafkan.


WUDUK

Pengertian wuduk

Wuduk menurut bahasa ertinya bersih dan indah.Menurut syarak ertinya membersihkan aggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.Bagi orang yang hendak menunaikan solat wajiblah baginya berwuduk dahulu kerana berwuduk adalah syarat sahnya solat.

Fardu Wuduk

Fardu Wuduk ada enam perkara

Pertama : Niat.
Iaitulah berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.membaca lafaz adalah sunat.ucapan niat:


نويت رفع الحدث الاصغر لله تعالى
“ Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Taala”


Kedua : Membasuh muka
Iaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

Ketiga : Membasuh kedua tangan hingga kesiku dimulai dengan tangan kanan kemudian tangan kiri.

Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala. Sekurang-kurangnya membasahkan 3 helai rambut dikepala.

Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dimulai dari kaki kaki kemudian kaki kiri.

Keenam : Tertib iaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan berturut-turut.

SYARAT-SYARAT WUDUK


1. Beragama ilslam
2. Mumaiyiz iaitu seseorang yang telah dapat membezakan antara yang bersih dengan yang kotor.
3. Suci dari haid dan nifas
4. Dengan air yang suci lagi menyucikan
5. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai kekulit (anggota wuduk) seperti getah,minyak dan sebagainya.
6. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat


SUNAT-SUNAT WUDUK

1. Membaca Bismillah
2. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air kehidung
5. Menyapu seluruh kepala
6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam
7. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali
8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
9. Bersugi
10. Membaca doa selepas berwuduk


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qubul dan dubur seperti kentut,kencing dsbnya.
2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya.
4. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan ataau perut anak jari.samada kemaluan sendiri atau orang lain.




TAYAMMUM

Tayammum ialah menyapu tanah dan kedua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu .Tayammun adalah sebagai ganti wuduk atau mandi wajib khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana sebab-sebab tertentu iaitu:

1. Uzur kerana sakit yang tidak boleh terkena air
2. Tiada air atau ada air yang cukup untuk minum sahaja.

Syarat-syarat tayammum

1. Masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,
2. Tidak ada air walaupun sudah berusaha mencarinya.
3. Tanah suci dan berdebu
4. Menghilangkan najis dari badannya dengan beristinja’ sebelum bertayammum.

Rukun Tayammum

1. Berniat untuk bertayammum

نويت التيمم لاستباحة فرض الصلاة
“ Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan fardu solat”

2. Menekankan kedua tapak tangan ke atas bedu yang suci.
3. Menyapu muka dengan tebu tadi.
4. Menekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi kemudian menyapu dua tapak tangan sampai kesiku.
5. Tertib

Sunat Tayammum

1. Membaca Basmalah
2. Mengadap kiblat
3. Mendahului menyapu anggota kanan
4. Mengejakan dengan berturut-berturut

Perkara yang membatalkan Tayammum

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk
2. Mendapatkan air sebelum memulakan solat(bagi orang yang tidak uzur)
3. Apabila orang yang uzur boleh menggunakan air.

MANDI WAJIB ATAU MANDI JUNUB

Mandi wajib ialah mandi yang wajib dilakukan bagi mengangkat hadas yang besar setelah berlaku salah satu daripada sebab-sebab yang menyebabkan wajibnya mandi wajib seperti bersetubuh.

Sebab-sebab wajib mandi

1. Melakukan persetubuhan iaitu memasukkan kepala hasafah ke dalam faraj meskipun tidak keluar air mani.
2. Keluar air mani walaupun tidak bersetubuh
3. Mati kecuali mati syahid
4. Suci daripada Haid.apabila seseorang perempuan telah suci daripada haidnya maka wajiblah dia mandi dengan segera.
5. Suci dari darah nifas iaitu darah yang keluar sesudah melahirkan anak.
6. Wiladah iaitu melahirkan anak

Rukun Mandi Wajib

1. Niat iaitu dengan lafaz niatnya:

نويت رفع الحدث الاكبر لله تعالى
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

2. Menghilangkan semua najis daripada anggota badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan

Sunat-sunat mandi wajib

1. Membaca bismillah.
2. Mencuci faraj dan dubur dengan air bersih
3. Kalau ada najis ditubuh badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.
4. Sunat berwuduk
5. Menjirus air kebadan dimulakan dari sebelah kanan.

Perkara yang dilarang bagi orang yang berhadas besar.

1. Mengerjakan solat,termasuk juga sujud syukur,sujud tilawah,membaca khutbah jumaat.
2. Melakukan tawaf di Baitullah.
3. Menyentuh dan membaca al-Quran
4. Berhenti di dalam masjid atau berulang-alik di dalamnya.
5. Berpuasa dan sebagainya.

Friday, January 20, 2012

10 Sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan syurga



“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)
Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada fasa kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Saturday, January 14, 2012

Renung-renungkan lah....

Kejayaan bukannya datang dari usaha yang gigih sahaja tetapi usaha yang gigih berserta dengan usaha memdekatkan diri dengan Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam yang Maha Esa dan melaksanakan perintahNya yang disampaikan oleh Muhammad Rasulullah s.a.w. Antara usaha memdekatkan diri yang boleh kita sama-sama lakukan ialah zikrullah. Zikrullah bukan bermaksud zikir kepada Allah s.w.t. sahaja tetapi melakukan apa saja yang boleh memdekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. Zikir ialah sebahagian daripada zikrullah. Bersihkanlah hatimu dan ikhlaskanlah niatmu dalam melakukan apa saja pekerjaan. Niatlah kerana Allah s.w.t. Semoga apa yang kita lakukan mendapat rahmat dan pahala disisi Allah s.w.t. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya.